Saturday, May 30, 2009

Pilih Destinasi Anda

Mereka yang sudah selesai dengan urusan tesis, mungkin selepas ini berkira-kira mahu pulang ke kampung. Yalah, sudah hampir satu semester 'membelasah' fikiran dengan idea untuk menyiapkan satu tesis.Walau cuma satu, tapi itulah satu-satunya tiket untuk mempersiap diri bergelar graduan tahun ini. InsyaAllah.. Bagi mereka yang masih berjuang, teruskan dan 'jangan pandang belakang'.. Berfikiran optimistik dalam setiap teguran dan komen penyelia. Masih ada ruang untuk melakukan yang terbaik kawan-kawanku.
Mereka yang bersiap sedia untuk pulang, pilihlah satu destinasi untuk melepaskan tekanan sebelum pulang. Saya sudah melakukannya! Di bawah, saya kongsikan bersama rentetan cerita yang hanya dapat diterjemahkan melalui gambar. Ketahuilah, sekeping gambar mampu menceritakan banyak kisah.






0 comments: