Friday, June 5, 2009

Sejenak ke Borneo

Sementara menanti hari esok, saya melihat beberapa lokasi di kampung halaman saya melalui google map... Suatu cara melepaskan keterujaan saya untuk pulang. Saya tidak berniat menceritakannya sehinggalah saya menemui beberapa keping gambar yang menarik.. Tawau, Semporna dan Kota Kinabalu-Umpama huruf 'S' perjalanan saya ke kampung tidak akan lengkap sekiranya saya tidak melalui ketiga-tiga 'port' yang paling lazim dalam diri saya itu. Saya katakan port sebab ketiga-tiganya berada di pinggir laut dan jadi pelabuhan strategik di Sabah. Kota Kinabalu alias Jesselton, tempat menetap saya dan sebahagian besar keluarga saya yang besar' itu. Perkara pertama akan saya lakukan sebaik saja mendarat ialah menghubungi rakan-rakan untuk sama-sama ke Pasar Besar

dan melahap ikan dan sotong bakar. Tidak lupa pai kelapa yang dibakar. Hehe.. kawan-kawan, nikmatnya sungguh tak terucap. Argh!
Selain makanan, orang selalu bercerita tentang pearl..



Tawau, tempat kelahiran saya sendiri. Bandar ketiga terbesar di Sabah yang jadi tumpuan perlabuhan, barangan murah dan makanan laut segar. Selepas ke Tawau, biasanya orang akan singgah di Semporna. Tidak bererti perjalanan kalau tidak singgah ke sana. Bagi saya sendiri ia adalah satu kemestian. Di situ halaman tempat saya membesar, bersekolah dan dididik menjadi manusia, ya manusiawi yang mencintai alam dan kedamaian.


Pekan kecil Semporna digelar syurga marin-ikan segar, udara segar dan segalanya yang tidak terkatakan.
Selepas ke Semporna saya akan pulang semula ke Kota Kinabalu. Dan ya, selepas itu saya akan terbang semula ke Semenanjung!

Di kota yang sarat, saya melihat manusia yang lelah mengejar material tanpa peduli tentang nikmat Tuhan. Pulanglah kawan-kawan agar jiwa anda terubat. Di desa, ada banyak nilai mengajar anda tentang diri walau mungkin ia dunia yang kadang kala membuat anda sepi.

0 comments: