Friday, April 24, 2009




























TAJUK : HADIAH BUAT TEMAN
NAMA : MOHAMAD NORMIZAN BIN DAMIT.


Ku singkap kisah-kisah silam
Ku himpun madu-madu kenangan
Ku kumpul laut-laut pengorbanan
Ku kutip pasir-pasir harapan
Ku kira bintang-bintang jaya
Ku simpan gunung-gunung cinta
Ku bina langit-langit ceria
Ku lerai derita-derita hati
Ku tafsir bahasa-bahasa ilmu
Di wajah-wajah 40 pengembara ilmu
11 Raja 29 Ratu
yang bangkit dari bumi Malaysia
yang terbit dari alam negeri
bersatu berjuang
sehati menggenggam
akan satu penjelajahan
akan satu penerokaan
di ruangan angkasa ilmu.

3 tahun meniti liku kajian pra-sarjana
Di planet Universiti Kebangsaan Malaysia
Di Negara Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Di daerah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Di perkampungan Program Persuratan Melayu.
Bersama menghimpunkan bintang-bintang kenangan
Memagari bulan penuh persahabatan tercipta.
Bersama mencipta anti-virus kemesraan
Agar membunuh virus-virus persengketaan.

Biarkan jarak laut dan bumi itu sendiri
Pemisah selepas 3 tahun memohon diri
Tanpa mata bersua mata
Duduk sejalan bergurau senda.
Namun,
Hati tetap mengikat akan memori bersama
Pengukuh, menyimpulkannya agar dekat sentiasa
Tidak akan pupus ditelan masa
Tidak akan hancur dikunyah zaman
PERSAHABATAN KITA BERSAMA.


TAJUK :BORIA LEMBU GATAL
OLEH :PERSATUAN LEMBU GATAL




Asalammuailaikum pembuka kata
Kepada semua hadirin dan hadirat
Boria Lembu Gatal kami persembahkan
Dengar, dengarlah beri perhatian


Hampir tiga tahun kami di UKM
Suka duka kami rasa bersama
Ilmu dituntut menjunjung cita
Agar tercapai segala impian


Persuratan Melayu kami pertahankan
Mendaulatkan bahasa dan juga sastera
Siapa yang lagi hendak diharapkan
Kalau bukan kita pejuangnya sastera


Wahai kawan-kawan janganlah lupa
Kenangan yang pernah kita cipta bersama
Drama Minah dan Mamat pengerat keluarga
Menjadi penguat hidup bersaudara


Diherdik dicaci kami terima
Kerana kami ini pacal yang hina
Bukannya mangkuk ayun ataupun batu
Barulah layak digelar sarjana


Setiap hari selasa kami terseksa
Tangan menari menulisnya nota
Kami tak kisah kerana ilmunya
Menjadikan kami Mahasiswa berjaya







Sastera Asia Tenggara empunya cerita
Lekra, DBP dan Manikebu
Asyik ditanya tak tahu sahaja
Bukan tak tahu tapi malu-malu


Menguruskan sastra itu modalnya
Berbicara karya hasil sasteranya
Ternganga-nganga mulut kami semua
Mampukan kami menjadi sepertinya


Menatap wajah tak berkelip mata
Mawar sentiasa tersemat di dada
Kritikan diterima dengan hati rela
Agar mendapat redha ilmunya


Sekian sahaja kami persembahkan
Kepada semua hadirin dan hadirat
Jika terasa harap dimaafkan
Ini semua hanyalah gurauan…





SALAM TULUS BUATMU TEMAN
SALAM RINDU SELAMANYA BERIMAN

TAWA DAN SENYUMANMU
TIDAK SELAMANYA AKAN JEMU

PAHIT DAN MANIS
HINDAR SEGALA SUARA SINIS

BENCANA DATANG MERBAHAYA
AKAN MENUJU KE GERBANG JAYA

MULA DENGAN CARA SALAH
HATI JANGAN MUDAH MENGALAH

BIAR SESAL TERUS TERBUANG
CEKAL HATI TERUSKAN BERJUANG

JANGAN PUTIH BIJI MATA
KEJARLAH PERLARIAN CITA-CITA

BICARALAH DENGAN PENUH BERBAHASA
JADI KENANGAN SETIAP MASA

KORBANLAH HINGGA HABIS NYAWA
AKAN ABADI DI DALAM JIWA

SELAGI JANTUNG LAGI BERDENYUT
KEHIDUPAN JANGAN SAMPAI HANYUT

WALAU UMUR TUA MENYAPA
PASTI KITA AKAN BERJUMPA

JANGAN MUDAH HATINYA LAYU
DENGARLAH SYAIR PERSURATAN MELAYU



SYAIR PERSURATAN MELAYU
2006/2009

Alkisah bermula di Mahligai Istana
Satu hikayat sejarah singgahsana
Menyemai cinta penuhlah pesona
Mengikat cinta sahabat terbina

Bermulanya nama Persuratan Melayu
Purnamakan jiwa berbangsa Melayu
Terbit cahaya di Tanahlah Melayu
Istana martabatkan asal Melayu

Dua Sembilan Puterilah bumi
Sebelas Putera bukannya sami
Periang hati lukalah kami
Inilah sahabat hidup bersemi

Minah Mamat pembukalah bicara
Satukan penawar beragamnya lara
Bergabung tenaga bagaimanalah cara
Cintalah untuk jayakan acara

Bersatu hati dahululah kini
Jejaka manis macho sebegini
Pahlawan bangsa hatinya berani
Menunjuk gagah berjiwa murni

Bersukalah suka hatinya hawa
Rianglah riang bergelak ketawa
Jelitalah jelita wajahlah lawa
Dukalah duka tidak dibawa

Membelah laut menyelamlah rasa
Dasarnya hati mengenallah biasa
Satulah titik pendeknya masa
Menyimpul kisah kasih berjasa

Sebelum bicara pantaslah berlalu
Marilah kita mengenali dahulu
Namalah wajah suburnya selalu
Mekar berbunga merumpun bertalu




Hamdan




Senyum terukir manisnya bererti
Melambangkan budi kesuma di hati
Berjiwanya tulus bersahabat sejati
Terkenang akan hujungnya mati


Berwajah slumber rupanya bermakna
Menjadikan insan segalanya terlena
Dibuai belaian sopannya terkena
Sungguhnya indah permai suasana


Namanya terukir akan satulah tanda
Hamdan bertemannya tiadalah beda
Kuatnya hati berguraulah senda
Kasihnya bagai seoranglah bonda


Lahirnya melihat dunianya terakhir
Terserlah akan manjanya di zahir
Halnya nasihat curahannyalah mahir
Bukannya akal mudah disihir


Negerilah mendatang termaktublah dua
Menampakkan indah cerianya bersua
Johor mendatang Kelantan pun jua
Silih berganti kunjungnya ke tua



ZACK





Memandang jauh bermatalah sepet
Bergayalah Enggang bukannya pipit
Berbajulah ketat seluarnya sempit
Itulah identiti jiwa Mat rempit


Gaya minatnya tradisi 80-an
Mempunyai jiwa seorang pahlawan
Pengarahlah drama satunya haluan
Jayalah dengan penuh pengorbanan


Warisan Kulai keturunanlah sendiri
Berjiwalah rockers setajamnya berduri
Peminatlah hikayat rajanya negeri
Johor mendatang bersinarlah mari


Tumbuhnya suara buluhlah perindu
Mendayulah lunak bertambahnya syahdu
Membuat pendengar berhatilah sendu
Teman sehati bermain rindu


Kisahlah ini buatnya jejaka
berjiwa hati peminatlah suka
Zack kini menunjuklah muka
Kenal semua tidakkan leka



FIR





Anaklah watan Kualanya Kangsar
Suratan kehidupan menyuluhkan kasar
Terpendam lautan birunya tergusar
Jelaskan mewarna hatinya besar


UKM pewaris tunjangnya tentera
Terserlahnya tenaga berlantanglah suara
Berdenyutnya detik terhimpunnya lara
Tertutup sepi bijak bermesra


Berwajah zahir seriusnya amat
Isinya batin lembutlah berkhidmat
Ayahanda drama anakanda Mamat
Menyusun ayat pasrahlah cermat


Junjungan terhebatnya macholah dia
Sempurnanya jiwa seindahnya dunia
Hikayatnya putera Firdauslah ia
Penggemar hati berwajah ceria


Sudah berteman bergelaklah ketawa
Ibaratnya petir ketiadaanlah nyawa
Semua pendengar riang di jiwa
Ubatnya duka suka hawa





PEJAL



Badannya kerdil bukannya gergasi
Tegap berdiri sungguhlah seksi
Pendek rendah semuanyalah isi
Seluas lebar berdadalah sisi


Keturunan desa perkampungan gajah
Rambut panjang merubahlah wajah
Segala perkara merujuklah rajah
Selaut ilmu genggam dijajah


Terserlah senyap berwajah luaran
Namun dalaman hatinya terhairan
Ibaratlah Putera Rajanya Suran
Punyai didikan ilmunya Al-Quran


Waktu dikenal sepintasnya lalu
Masa berjalan biarkan berlalu
Datangnya lewat setiapnya bertalu
Sepanjang sehari bagaikan selalu


Sungguh bersopan kalanya bicara
Pendiam hati pupuskan lara
Mohd Faizal punyalah acara
Semangat kuat teruslah mara


Orangnya tua dalamnya drama
Pak Kob dikenal sebagainya nama
Berjaya acara berjiwa saksama
Dengan satu titik tema


BAHA





Bijak pandai laginya pintar
Punyai kuasa ilmu halilintar
Berhujah sungguh tidaklah gentar
Di depan ilmuan ilmu berputar


Kampungnya Gaal titik bermula
Pasir Puteh daerahnya pula
Mempunyai jiwa korbannya rela
Menanam tekad juga bermahajalela


Satu jasadnya penuhlah tenaga
Otak berfungsi sempurnanya deliga
Punyai kerjaya tidaklah berbangga
Mengharap kerjaya temanlah juga


Nota tersusun kesumatlah di jiwa
Rajin berusaha noktahnya nyawa
Peribadi Baharin temanlah ketawa
Bersifat diri imannya lawa


Berwajah jepun itulah identiti
Drama jahat di dalamlah hati
Mengharap Mamat Minahlah mati
Kuasa cinta penuh sejati







SAFWAN





Kisahlah Putera bukannya Puteri
Ditanya asal banyaklah negeri
Badanlah tinggi tegap berdiri
Telapak tangan besarlah jari


Di dalam halaman lelaki gergasi
Mempunyai badan penuh berisi
Berazam satu penuhlah misi
Lautan otak ilmu terisi


Bicaranya kuat semualah mari
Di kala berteman bukannya sendiri
Bersuara lantang tidaklah berduri
Ketawalah juga yang berseri


Inilah punya hikayatnya Safwan
Inginnya terbang merentasi awan
Wakillah UKM silat pahlawan
Segala halangan cabar melawan


Berambutlah panjang penuhnya dinikmati
Beranilah jiwa tak takutkan mati
Batinnya tersimpan berbudilah hati
Jejaka pilihan yang sejati




ASWAD





Berjanggut umpama ulamaknya keramat
Alimnya tersebar berkatlah khidmat
Mengharap semua temannya selamat
Sejahteralah hidup hingga kiamat


Terungkaplah kata biasanya selalu
Bertindak tingkah tidaklah melulu
Keraplah masa anginnya berlalu
Lewatnya halaman kini dahulu


Kelantan asalnya kelahiranlah diri
Suka peribadinya cintai sendiri
Bicara rakan rianglah berhari
Gelak ketawa tidaklah berlari


Satulah nama telahpun ditanda
Aswadlah kini penuh propaganda
Berhasrat cinta penuhlah goda
Temanlah juang gelak bersenda


Drama Melayu puncaklah cina
Bergaya slumber tidakkan kemana
Suaranya lembut kasarnya bagaimana
Ah Meng namapun yang terkena






SHAH





Wakillah parti UMNOnya kelas
Sungguhlah rajin tidaklah malas
Terang bermakna dengannya jelas
Jaya acara berhempas pulas


Asal kelahirannya selatanlah Muar
Keraplah sangat programnya keluar
Sifat dihatinya berkainnya seluar
Jadi idola produk pengeluar


Membawa juang berwajahlah tampan
Berhati murni orangnya harapan
Berlembut hati sampainya kapan?
Luaranlah sopan dalamanpun sopan


Bermata empat sungguhlah menawan
Gagahlah drama seorangnya pahlawan
Silat dikuasa untuklah melawan
Segala pencinta hatipun tertawan


Melihat dunia berlahirnya berkembar
Shah Rizal senyumannya jugalah melebar
Sungguhlah berhati pendiam penyabar
Di kala jiwanya marah mencabar





NORDIN





Tidak berambut sungguhlah menawan
Umpama pendekar pejuang pahlawan
Matanya terlihat pastinya tertawan
Dengan gayanya insan perawan


Rakanlah muda kuatnya berkuasa
Datangnya hari bagaikan terseksa
Programlah datang membuta masa
Sentiasa diharap menaburlah jasa


Dengannya tunggak garisnya paksi
Berbadannya tinggi penuhlah isi
Setiaplah acara memegangnya misi
Puteralah halaman kedua gergasi


Desa kelahirannya Batulah Pahat
Berwajah seri badannya sihat
Duduk terdiam tidaklah rehat
Dramalah Tan Srinya Jahat


Buatnya Nordin punyalah hikayat
Kini gerbangnya sebuahlah riwayat
Akan dikenang hujunglah hayat
Walaupun jasad bertukar mayat






MAWI





Terkenal jejaka usialah teratas
Segalanya kerja haruslah pantas
Sebarang hal kerjanya terbatas
Perlu tertulis di atasnya kertas


Bijak berfikir beraninya bersuara
Melontar idea kelaspun mesra
Terdengar pilunya segalalah bicara
Pelita hati bagaikan terdera


Kelantan asalnya jauhlah mari
Hampirnya tertawa setiapnya berlari
Bisikan hatinya bertemanlah sendiri
Membisik kata hampirnya jauhari


Sepanjangnya waktu mendengarlah kata
Tersimpan hatinya bertemulah mata
Mengharap jauh semuannya sengketa
Mendekatkan teman tikanya tercinta


Inilah acara dunianyalah Mawi
Hiduplah penuh berharga duniawi
Bukannya dewa bukanpun dewi
Mengharap bangsa patuhlah jawi




ZIHAN





Suratannya indah lembutlah menyepi
Bencana mengganas menolak ke tepi
Berminat bicara menyambutlah sepi
Jiwalah tulus nyalaan berapi


Darilah Kluang menjelmalah dia
Bersinar terlaku terindah ceria
Minatnya hati bersukalah ria
Mempunyai jiwa seorang peria


Terlukis Zihan sebagailah nama
Merata teman semuanya sama
Terlekat tawanya manislah kurma
Membawa kisah hati delima


Dua lakon wataknya terisi
Drama Melayu pejuanglah misi
Cintanya Mubin penuhlah saksi
Juga penari bergaya seksi


Punyai makwe rajinlah terjaga
Sungguhlah murni hatinya juga
Setialah korban berjiwa raga
Abadi cinta indahlah mega





MAIZAN





Asyiknya terungkap bicaralah entah
Tersimpul tersuka bercakap melatah
Bicaranya pantas sembunyi bernoktah
Ibaratnya laju larian Cheetah


Pewaris warisan Paklah Kaduk
Ikanlah tapah senangnya duduk
Makan berkunyah muka ditunduk
Membuang segala barangnya penyeduk


Namanya Maizan menciptalah Mai
Sejarah tempatnya sinaranlah permai
Kampunglah Jawa titik tersemai
Waktu Misa Melayu damai


Halaman hatinya penuhlah budi
Segala kerjanya mestilah menjadi
Bersopan tinggi penuhnyalah sendi
Korban segurun sehati lidi


Tertutup segalanya ruanglah masa
Manisnya tidaklah terkurangnya rasa
Bait tersusun penuhlah berbahasa
Lembut dihati pendengar berjasa




EMILIA





Suaranya bergema penuhlah ruang
Hatinya batu suratanlah berjiwang
Tawa suaranya cahayalah merawang
Teman mendengar semua riang


Puteri warisan terbit di Kluang
Bukannya mitos Puteri Seluang
Janjinya makan satulah peluang
Tetapkan masa akan terluang


Berdepan tertawa juga bersembang
Tertutup bencana bicaralah sumbang
Tangannya dimulut sinarlah lambang
Hatinya berbunga di hatinya kumbang


Kumbangnya bernyawa di Pulaulah Pinang
Hatinya Emilia bercahayalah senang
Terwarnanya kegusaran berhati setenang
Supaya tulus jiwalah mengenang


Dramalah Melayu puterinya penari
Melembut gemalai jarinya jemari
Ibarat syurga gadisnya bidadari
Indah berwajah cahayalah seri






DIANA





Nasi dipandang menolak ke tepi
Tiadalah sunyi berbadannya sepi
Terserlah terindah berdepan tepi
Wajah tersinar nyalaanlah api


Siratan mengazam jauhnyalah tinggi
Terlena membuai datangnya pergi
Terlalu mengharap tidaklah rugi
Hatinya cekal seangkasa lagi


Ingin menjadi Puterilah Dayana
Sungguhpun ternyata namanya Nordiana
Mengharap hidup cahayanya sewarna
Barulah akan sentiasa bermakna


Datanglah ke mari negerinya beradat
Semuanya warisan tradisilah padat
Negeri Sembilan punyalah mandat
Bersyukur hati berkerja ibadat


Punya berjiwa berbahasanya ibunda
Pantang tercabar sekembalinya berbeda
Periang hati berguraulah senda
Drama Melayu pewarislah bonda






ISMA





Berlembut tingkah murninya di hati
Amatlah tekunnya selagi terteliti
Awalnya sentiasa tidaklah dinanti
Ilmu dipegang hinggalah mati


Jalannya seiringan Salsabila di tepi
Perwatakan dirinya pendiam menyepi
Tersenyum meluas ternaiklah pipi
Bicaranya lurus tiadalah tapi


Selangor maju cahayanya terlahir
Budi dijunjung nampaklah di zahir
Bukannya membuka membutanya sihir
Mengharap kerjaya penuhlah mahir


Perihal khususnya gadislah Isma
Segenggamlah hak perlunyalah sama
Cintakan pendapat haruslah terima
Agar sahabat jadilah lama


Pelayan dedikasi penuhlah tercermat
Drama Melayu usahanya berkhidmat
Jalankan acara sepanjangnya selamat
Supaya benar segalalah maklumat






SALSABILA





Martabatkan cinta keturunanlah bangsa
Kuasalah negeri pekatnya berbahasa
Berbudi tertabur menanamnya jasa
Sempitnya ruang perlarian masa


Namanya terindah penuhlah bermakna
Salsabila berkilau cahayanya berwarna
Amarahnya tiba hindarlah tercerna
Suara terpanah pastilah terkena


Lahir ke dunia cahayalah pertama
Pengorbanan tergenggam sungguhlah lama
Tercintakan segala dapatlah saksama
Harapan sulung bapa dan mama


Hasilnya terasal sebelahlah utara
Tersimpul kuasa menjeritanlah suara
Hatinya berperam segununglah melara
Di kala amarah tibanya mara


Terbitnya negeri bernamalah Kedah
Raja Besiung binasanya terpadah
Jasa ditabur tiadalah tersudah
Halangan mendatang beraninya redah





SARIMAH





Duit terpelihara amatlah teliti
Cintanya bahagia sehidup semati
Menangis ketawa sudahpun sebati
Korbanlah jiwa menabur bakti

Genggam jawatan berkhidmat bendahari
Drama Melayu berwajahlah berseri
Urusan perwangan jujurlah mari
Jasa disanjung pupusnya berduri

Sarimah terkenal suratannya Sar
Tetaplah terbit berhatinya gusar
Terserlah wajah terkuburlah kasar
Gunung berbudi tinggilah besar

Hatinya dipujuk akanlah tenang
Mudah dirapat hatinya senang
Pengorbanan selama akanlah terkenang
Mengharap jaya menjadilah menang

Ayatlah Sedih tajamnya sembilu
Sinaranlah bicara cahayanya selalu
Tersirat di hati memanglah pemalu
Mencipta suara menjadilah kelu

Menara condong terkenalkan diri
Teluklah Intan berkuasalah kemari
Warisan sejati kekallah berhari
Segala harapan yang dicari




JUE





Hitamlah manis senyuman terperi
Indahnya puncak serikan diri
Dikala tawa tidaklah sendiri
Kawan juga datanglah mari


Askarlah cintanya penuh bertenaga
Hiduplah aman impiannya juga
Harapan berbahagia selamanya moga
Semangatlah bangsa semerah saga


Tersentuhnya jiwa menangislah hati
Bidadari tergaya pesonalah merpati
Hidupnya limpahan hormatlah sejati
Pantang dicabar bersuara mati


Hadirnya Juwairiah takdirnya nama
Pencinta damai lautannya saksama
Berkuasa tentera polislah drama
Jayakan acara pegang bersama


Kelahiran Kelantan laginya terpesona
Mengindah halaman permainya suasana
Mengharap hidupnya setinggi bermakna
Tidaklah tertidur di hujung lena





SITI ROHAYU




Gadisnya persuratan umurlah teratas
Penuhi aturannya patutlah terpantas
Kerjanya tertutuplah pandangan sepintas
Haruslah janji di atas kertas


Bicaranya terpintar lagilah berani
Hatinya bersungguh sucilah murni
Melarikan seperkara buruknya terkini
Barulah hidup penuh berseni


Usahanya tertinggi jayakan acara
Jawapanpun dicari berhalangan bercara
Dramalah Melayu menghidupkan bicara
Hilanglah sewarna berhati lara


Rohayu ditandai sebagainya ternama
Walaupun namanya terdapatlah tersama
Panggunglah Seni bercahaya purnama
Digenggam dahulu tidaklah lama


Kelantanlah turun menyembah ke mari
Berombongan tiadalah sehidup terdiri
Mempunyai peribadi emasnya sendiri
Tetapi entahlah selagi berduri







SITI





Empatlah huruf maknanya terperi
Teramatlah mudahnya pengenalkan diri
Tersimpan wajahnya terserlah berseri
Riang tawanya terjunjung mari


Bahawanya cintakan namanya Siti
Terjalinan kerjaya secermatnya terteliti
Mengharaplah suaminya berjiwa sejati
Pencipta teman sehidup semati


Pecintalah Penulis berhatinya sukma
Tirainya novel terkininya diterima
Faizal Tehrani terkenalnya bergema
Hatinya tercinta sasteralah lama


Negeri Sembilan berterbangan mendatang
Negerilah beradat sebegitunya matang
Janganlah tersalah terlanggarnya pantang
Kelak binasa menjunjung hutang


Mengharaplah ilmu lautannya terkuasa
Membungakan kuntuman cintanya jasa
Tidaklah menggenggam semuanya masa
Mengejarlah jaya berjalan sentiasa





FATIHAH





Persuratan bidadari tingginya berkuasa
Ternamanya sebadan penuhnya bersasa
Tanggungjawab tersimpul detiknya masa
Sucikan jernih pohonan jasa


Lawatan ke Perak genggamkan bendahari
Wajibnya duit terjaganya berhari
Halnya sedunia menyerahlah sendiri
Sifatlah termulia tidak terperi


Adatnya negeri menguasai sendiri
Pewaris pusaka tradisinya mari
Negeri Sembilan negerilah berseri
Itulah adat warisan negeri


Fatihahlah tertulis sebagainya nama
Menjunjungi semurninya dihati bersukma
Mengharapkan sahabat kekallah selama
Memenuhi rasa berjiwa sama


Bunganya Melayu halaman gergasi
Purnama mengembang setiapnya terisi
Perihalnya berilmu intelektuallah saksi
Satunya azam dengannya misi





AYU SURAT





Alahai manisnya lembut berbicara
Tersopan tersusun bertata secara
Berkata lidah suasananya termesra
Tertutuplah segala hatinya lara


Pemalu sendiri tersimpannya di hati
Berwajah tersipu seharusnya semesti
Merahnya menahan gelaklah sejati
Menyusun senyum penuhlah teliti


Berjanji berkata seharusnya tepat
Hindarkan inginnya sikaplah mengumpat
Ilmu diredah usahanya mendapat
Supaya maju intelektual cepat


Terbitlah menyinar di satu negeri
Johorlah jauhari mendatang sehari
Zahirnya terserlah selembut jemari
Menampakkan wanita indahlah berseri


Inilah sembangnya Rozayu Surat
Tersimpan rahsia penuhlah tersirat
Menggenggam janji bercermat erat
Agarlah hidup tidak melarat





LIN





Bergaya moden mencinta terasa
Inginnya menjadi seorang berjasa
Cermatnya mengatur segalalah masa
Supaya hidup maknalah sentiasa


Punyai serumpunnya manjalah suara
Dikala matanya sehatilah berbicara
Pendengar kini menutuplah melara
Ingin kerjaya segalanya acara


Kasarnya mendatang mestilah tiada
Itulah sifatnya sungguhlah berbeda
Drama Melayu memeganglah adinda
Mesralah hati kepada kekanda


Inilah Lin terhurainya tercerita
Hidupnya semanisnya rasalah cinta
Supaya tercapainya semuannya cita
Penyinar hidup pandanglah mata


Ibarat cahaya sinaranlah bintang
Surialah Johor sekembali mendatang
Segalanya negative habislah tertentang
Mewarnakan sikap penuhnya matang




AIDA


Hidupnya slumber mengenalkan diri
Bersuara hati sifatnya berciri
Suka tawanya bertandang jauhari
Lembutlah segala jari jemari


Melihatnya dunia hidupnya berkembar
Hatinya bersinaran cahaya penyabar
Terminat jiwanya halanganlah mencabar
Tersimpan senyuman penuhlah lebar


Ialah cerita hidupnyalah Aida
Tidaklah berlarian bergurau senda
Halnya semuanya terkisahlah tiada
Tidaklah cintakan kepada benda


Kelantanlah mula sinaran bertenang
Berhati lembut suteranya benang
Segala disampingnya terhiduplah senang
Lekatnya di hati akannya terkenang


Cerialah sentiasa tiadanya menderita
Pandanglah perkara menerangnya mata
Mengharap tercapailah semuanya cita
Menolaklah hidup penuhnya sengketa







SHARIFAH





Masamlah rasa airnya itu cuka
Di kala mata bertentanganlah semuka
Entahlah pencintakan cerianya bersuka
Singgung di hati ketikalah murka


Asalnya Borneo gadislah pertama
Datang merentas mencarilah nama
Supayalah mendapat hidupnya bersama
Mengejar satu gelaranlah ternama


Segalanya urusan patutlah teliti
Lambangnya tersifat siratan hati
Hidupnya purnama berjiwalah sejati
Mengejar kerjaya sampainya mati


Sabahlah muncul mendatang kemari
Pandailah bijak mengenalkan sendiri
Notanya tersusun hasillah jemari
Kerjaya juga dikejar mencari


Namanya bertanda Sharifah Azura
Semuanya perkara adalah secara
Mengharap kerjaya satunya acara
Bijaklah berani dalam bicara




SOFEA





Lembut hatinya melambangkan diri
Pudarnya berubah tiadalah berhari
Bergayanya sopan jarilah jemari
Ibarat jelita gadisnya puteri


Kekasihlah Mamat dalamnya drama
Sehidup semati hendaklah bersama
Korbankan cinta cahayanya tema
Walaupun halangan datang menjelma


Kisahlah Sofea menerbitkan sejati
Luahan rasanya suratannya di hati
Tersusun semuannya kerjalah teliti
Agarlah hidup penuh ternikmati


Keluarlah mendatang di Perak utara
Percakapan dirinya sesemutlah bersuara
Waktunya terdepannya hendaklah bicara
Luahan hati penuhnya melara


Badannya kecil bukanlah lidi
Itulah sifat ternampaknya peribadi
Tenagalah badan penuhnya sendi
Tersimpan rahsia diri berbudi





NORIE





Bergayanya emak berjiwalah sejati
Melekatnya jiwa murninya di hati
Berteman rapat penuhlah teliti
Terusnya usaha sampailah mati


Pandailah menjaga peribadinya sendiri
Duitnya mendatang denganlah mencari
Urusan kerja semuanya kemari
Siaplah segala amalan selari


Darinya menjauh nunlah di Kelantan
Bertandang cipta bukannya jantan
Mengharap menggenggam puteranya Sultan
Menolak jatuh lelakilah syaitan


Wataknya pelaku penuhnya serasi
Segalalah drama mendapatlah misi
Sediakan bantu bercakapnya isi
Semuanya penuh dengan serasi


Bicaranya Norie punyalah cerita
Mengharap ikatkan murninya cinta
Hiduplah sendiri memuncak cita
Mencapai kerjaya limpahan berjuta




ATIE




Terkenalah gurau mainannya jejaka
Sinaran hidupnya memenuhilah suka
Bukannya kerana hiduplah terleka
Kuatnya percaya itulah maka


Tersenyumlah manis berwajah berseri
Lukisan hidupnya tandakan sendiri
Meninggi juga waktunya berdiri
Langkah maju lembutpun jemari


Penari berwarna hiduplah sejati
Drama Melayu mengubahkan sehati
Membunuhkan takut debaranpun mati
Mengharap jaya hatilah sejati


Asalnya negeri jauhlah utara
Titiknya bermula hendak berbicara
Peraklah indah sejarahnya mara
Penuhlah cahaya sinar mutiara


Tertulisnya Atie bercantumlah nama
Mempunyai hati indahnya sukma
Mengharap sahabat kekalnya lama
Kuat menangis semua sama







FIZA





Terserlah badan tingginya berdiri
Peribadi hidup bersifatlah sendiri
Mestinya laju berlangkah berlari
Wajah bersinar indahlah berseri


Suratan hatinya berminatlah ketawa
Pewarnanya peribadi seoranglah hawa
Berwajah bersih cintakanlah lawa
Supaya duka tutup terbawa


Ibaratnya model senyumlah mendatang
Kehidupan Fizalah bicaranya tentang
Menyepi jiwanya adakah pantang
Bercahaya cinta lagilah matang


Diam Kelantan sudahnya lama
Warisan negeri tergenggam terima
Seperti kawan negerinya bersama
Mempunyai dialek itulah tema


Drama Penari indahnya menawan
Bersolek bergaya berlangkah perawan
Perianglah hati semuanya kawan
Segala debar kacau dilawan




SAIDANA FISA





Riwayatlah tentang Saidana Fisa
Hidupnya jernih puncaklah bahasa
Sendirinya sedih akanlah sentiasa
Tersusun tingkat mengikutlah fasa


Tidaklah berapa mengkenalkan diri
Susahnya mendatang semualah ke mari
Menyerlahkan kehidupan ternampaklah seri
Tidaklah akan kerjaya berlari


Milikinya ketawa kecillah membesar
Entahlah tibanya segurunnya kasar
Nampak luaran lautannya gusar
Ibarat Syair perangnya Mangkasar


Peminat dihati berguraulah senda
Semuanya kerja perlulah seada
Namanya Oleka terbelumnya reda
Mengharap kasih biarlah berpada


Terserlah malu nampaknya tenang
Damping seiring wujudnya senang
Negeri Johor jugalah menang
Akan lama lagi dikenang




NANI





Kuatnya dialek di dalam berbahasa
Itulah petanda penuhnya berjasa
Tiadalah melupa keturunan sentiasa
Hiduplah mengindah tiadalah dosa


Ketawa mendatang minatlah tersuka
Rasanya manis tertolaknya cuka
Hadirnya sentiasa kerapnya terleka
Dalamnya hal seperkara duka


Kehidupan suratan terpaparnya Nani
UKM pewaris warisanlah penghuni
Mencorak warna tingkahlah berseni
Tiadalah dendam itu dan ini


Puterilah kayangan negerinya utara
Tersimpannya hidup entahkan berlara
Kedahlah membuka tirainya berbicara
Bermulanya satu titik suara


Menghidangkan minum jugalah makanan
Kerjanya bertetap dalaman pengorbanan
Dramalah Melayu mencurahan kesetiaan
Menjunjung sahabat indahnya percintaan





LIA





Hitamlah manis berkulit berwajah
Tiadalah tersilap menunjukkan rajah
Walaupun suhu bertingkatkan darjah
Ilmu tetap kuat dijajah


Inilah puncaknya azam tertinggi
Tidakkan berundur majukan selagi
Walaupun mendatang sakitnya gigi
Segalanya hati berbudi bagi


Luahan kisah hidupnya Lia
Bersenda gurau peminat ia
Lagilah terpegun bersukanya ria
Barulah hidup aman ceria


Sudah ketahui asalnya sendiri
Kelantan jauh mulainya mari
Kuatnya agama tidaklah terperi
Itulah sinaran jiwa berseri


Jamuan kerja dalamnya drama
Penghidang jamu kawan bersama
Walau waktunya tidaklah lama
Janji berwarna hatinya sukma


FADILAH




Namanya diberi lelakipun mengada
Tidaklah banyak berubahnya beda
Minatnya dihati cintakan bersenda
Walaupun diam sudah tiada


Fadilah wujudnya tetapnya diberi
Mengenalkan segala untuklah diri
Bercakaplah tidak mahunya sendiri
Ajaklah kawan dengarlah mari


Sudahpun berteman minatnya bercakap
Bersuka hati melambangkan sikap
Tidaklah tahu suaranya tersingkap
Akan siapa sesak terperangkap


Dramalah bunga penarinya hati
Penggubah jiwa lukisannya identiti
Langkah diambil penuhlah teliti
Barulah nampak sinar sejati


Negeri melimpah indahnya suara
Artis terkenal hangat berbicara
Pahang berseri mengaturlah acara
Tiada duka pupuslah melara







SUE





Ibu seorang hatinya penyopan
Menghidupkan putera pastilah tampan
Sentiasalah sendiri orangnya harapan
Mogalah akan cintakan mampan


Minatnya di hati sangatlah bicara
Mendapatkan manis besarnya suara
Tersimpan selautan jiwalah lara
Tekun berbudi tersimpan mara


Sungguhlah indah kelakarnya jiwa
Membuat teman semuanya tertawa
Terciptanya dunia seoranglah hawa
Sungguhlah molek berwajah lawa


Riwayatlah Sue gubahan pencerita
Tajamnya pandangan dualah semata
Tersimpulnya rahsia satukan cita
Agarlah terpagar usaha merata


Kelantanlah mari langkah mendatang
Simpannya sifat banyaklah pantang
Serlahkan sendiri begitulah matang
Tiadalah suka hidupnya ditentang





ZURAIZA





Kecilnya badan semutlah bukan
Tetapi entah kuatnya makan
Satunya berjalan pertamalah sakan
Kerjalah siap otak ditekan


Nota tersusun khidmatnya tangan
Menyimpan satu rahsialah tangan
Badan kelak binasalah jangan
Walaupun badan menjadi ringan


Halaman rajinnya mencoraknya nota
Khidmatnya tersanjung tajamnya mata
Mendapatlah senang teman serata
Tiadalah salah dosa ternista


Zuraiza menghuraikan kisahlah di hati
Menjalinkan kerjaya seharusnya teliti
Harusnya terpatuh turutlah semesti
Kelak binasa sampailah mati


Munculnya Kelantan satulah negeri
Permainya indah cahayanya berseri
Takutkan bencana setiaplah sehari
Agar celaka semuanya lari





ZIEHA





Lajunya waktu mendatang berbicara
Bergegarnya gemanya sumpahanlah suara
Ibarat panasnya berhati terbara
Tutuplah segala jiwa melara


Kuatnya menjeling bermainnya mata
Terikutnya bersuara terbelahlah rata
Tersujud difahamkan bicaranya kata
Itulah kala hendak bercerita


Zieha melontarkan kehidupan sendiri
Tawapun ceria semuanya kemari
Ikutlah mulut bergerakpun selari
Menampakkan juga cerialah seri


Banyaknya halaman satulah senegeri
Samanya muncul warisanlah ke mari
Kelantanlah wujud amanlah berhari
Yang terkuat agama berseri


Berjanji mendatang terikutlah hati
Semuanya haruslah khidmatnya teliti
Mengharap cintakan lelakilah sejati
Buatkan teman sehidup semati





QIELA





Serlahkan pandangan empatlah mata
Berbudilah hati bukannya nista
Semuanya kerjaya perlulah dikata
Supaya terdapat bahagi rata


Zahirnya ternampaklah cahayalah isi
Lambangnya tersihat purnamakan misi
Azamnya tersimpan dengannya saksi
Mengharaplah kerjaya hendak kasi


Hikayatnya tercipta buatnya Qiela
Selepasnya rakan riwayatnyalah pula
Mempunyai korban berhatilah rela
Redalah dating memberi sila


Seperti rakan sehatinya perjungan
Lahirnya bersama satunya Kelantan
Melihatkan jiwanya penuh pengorbanan
Mungkinlah hati dimiliki jantan


Kecilnya waktu hendaknya bicara
Anginnya mendayu terbangkanlah suara
Entahlah berhati tersimpulnya melara
Agar tersinggung tiadalah mara



HAZIMAH





Berwajahlah cantik ibaratnya bidadari
Dibalutilah putih bercahaya berseri
Lembutnya gemalai jarilah jemari
Sinaran murni sifatnya puteri


Alangkah kecilnya waktulah bicara
Bukannya semut ketika bersuara
Tawanya terjelma ikutlah mara
Sejuta mata tiadalah bara


Senyumlah manis terserlahnya juga
Pamerkan hati semerahnya saga
Tiadalah sifat tingginya berbangga
Indahlah dihati selagi lega


Hazimahlah kini menciptanya ternama
Bersendirilah gusar bukannya selama
Mendapatkan cerita segalanya sama
Indah berwarna ibaratlah rama


Lahirnya ke dunia Kelantanlah ceria
Keturunanlah bangsa bahasanya ia
Peminat menyusun hatinya ria
Barulah hidup sinar bercahaya





HUSANA





Inilah pula kisahnya Husana
Minatnya tersimpul ceritalah makna
Mendapatkan hati untuk singgahsana
Begitu indah dengannya warna


Ketawalah penuh seluasnya ruang
Tiada sikitpun jugalah terbuang
Memenuhkan harapan suatulah peluang
Itulah sifat hati pejuang


Kecilnya bicara nyaringnya suara
Pupus tertutup warnanya melara
Di manapun gelak jahatpun mara
Ikutlah hati untuk bicara


Wujudnya asal Kelantanlah mari
Tiadalah ubah keturunannya sendiri
Selamanya terdiam setiaplah hari
Berteman juga sama selari


Nampak pemalu zahirlah berdepan
Terserlah semuanya hatilah sopan
Moga menjadi orangnya harapan
Akan penuhlah soalan jawapan





ROZILAH





Pendiamnya sungguh sifatlah hati
Semuanya harus kerjalah teliti
Contohi gadis berjiwalah sejati
Ibarat bunga melur melati


Senyum di waktu di lempar berdepan
Menampakkan indah lagilah sopan
Mengharap jejaka hatinya tampan
Miliki jiwa sejuta jawapan


Umpamanya tersamanya temanlah kini
Kelantan tersinar muncullah sini
Itulah harapan segununglah begini
Hidup penuh cerialah seni


Namanya diwarna Rozilah diberi
Sifatlah di hati pengenalkan diri
Suka ketawa mendatang jauhari
Berwajah sinaran laginya berseri


Penyedia gambar menciptalah bena
Kalanya Drama Melayu bermakna
Ceriakan segala ruangnya suasana
Dapatlah indah acara warna










Inilah bait katanya madah
Tersusun indah siaplah sudah
Mengharap baca tiadalah padah
Halangan terusik hatinya indah


Tersiap Disember bulannya 21
Berterbangan angka 2008 membatu
Bacalah suratan hatinya berjitu
Berada dimana sana dan situ


Gubahan lewat Ahad mendatang
Segalanya fikiran terkeluarlah tentang
Harap hatinya terserlahlah matang
Manisnya bicara tiadalah pantang


Habis Bicara dirikulah tamat
Jauh bencana dendam kesumat
Hasil nukilanku namanya Mamat
Buat sahabat hinggalah kiamat


Berbalaslah kini segalanya lelah
Mengharap maaf silapnya salah
Sajian syair kemukalah telah
Agar mendapatkan hidayahnya ALLAH








Tentang Aku

Aku adalah insan yang begitu lemah yang hadir di muka bumi ini, sungguh perit jiwa dikala sepi datang menyapa. Tapi aku mesra, gembira kala temanku mengetuk pintu duka. Ya! Memang itulah yang dinanti olehku di perantauan orang. Memang aku manusia yang tercipta jauh menetap di nun jauh di desa. Yang aku tahu aku lahir secara aslinya di perkarangan Kampung Aru. Sebuah halaman desa yang permai lagi indah ibarat sebutir mutiara di kelilingi sungai Trusan. Aku bersyukur kerana aku diciptakan menjadi khalifah di muka bumi ini. Dapat juga aku mengenal erti sebuah persahabatan yang tidak ku bayangkan betapa manisnya madu pertemuan itu. Walaupun usianya cuma tiga angka menjejak tahun. Tapi aku bersyukur mendapat kasih sayang namanya persahabatan. Walaupun aku terpinggir jauh nun jauh merentas laut china selatan. Tapi aku rasakan aku bagaikan bercantum dengan jiwa mereka. negeriku yang menjauh di perlabuhan Borneo Sarawak menjadikan aku insan yang mengerti sebuah pertemuan jarak terpisah. Andai sahaja aku tidak menjejak kaki ke bumi semenanjung tidak akan kutemui sahabat-sahabatku berjiwa murni, mesra, dan penyayang. Sungguh indahnya warna kehidupan sebegini.

Kekadang jiwa merosak hati muncul juga tanpa diundang. Kala bicaraku di persenda. Tapi memang itu aku yang asli. Aku bangga dengan apa yang diriku miliki. Tanpa aku siapalah aku. Tanpa jiwaku siapa aku. Tanpa perasaanku siapalah aku. Tanpa citaku siapa la aku. Aku bangga dengan apa yang aku ada. Walaupun bicaraku sungguh ajaib. Aku tidak kisah. Itu adalah aku. Aku memang cuba ingin menjadi seorang cintakan bahasa. Sayang erti bahasa. Cinta kedamaian bahasa. Sanjung daulat murninya bahasa. Kekadang aku pulak yang menjadi perosak bahasa. huhuhuhu.. Mana tidaknya akulah insan yang kelu lidah bicara bahasa amat susah sekali dimengerti. Apa aku ini seorang makhluk asing entah dari mana munculnya. Aku pun tak tau. Walau sehebat mana aku mencuba berbahasa paling indah mengikut jejak bumi ku pijak. Masih juga aku berbicara seperti bumi kelahiranku. Pengaruhnya amat tebal. Tapi itu adalah aku. Tapi ingatlah. Aku bangga dengan semua itu. Aku amat menghargainya. Walaupun bicara bahasa ku jadi pemesra. Aku bangga. Aku tidak kisah semua itu. Yang ku inginkan persaudaraan. Yang ku impikan persahabatan. Bicara bahasaku biarlah begitu walaupun memakan gelak. Sekurang-kurangnya kerana bicara bahasa ku ajaiblah aku dikenali. Huhuhuhuhu….

Di perantauan, sepi mengundang sentiasa. Tapi mesra bila berpeluk sayang gembira bersama mereka. mereka mengerti, mereka memhami, akulah juga yang tahu. Entah mereka tahu atau buat-buat tahu. Aku sentiasa memperkatakan “aku comel” yang sememangnya entah comel kah tidak?. Itu bukannya aku memuji diri tapi ada jugalah memuji diri. Eh3.. Itu Cuma perkataan yang aku ada untuk kemesraan dalam perhubungan persahabatan. Walaupun sesekali menampakkan kesombongan. Tapi itu bukan aku yang ku maksudkan. Aku sekadar membuka pintu bicara mesra agar sentiasa hidup suasana menutup mata muram.

Tidak di sangka dalam pertemuan itu aku terjebak di satu kumpulan. Kumpulan yang entah muncul bila? Entah sejak bila dia dinobatkan sebagai persatuan? Entah bila didaftarkan?. “Ulat Beluncas”. Kekadang aku tergelak sendiri ibarat seorang yang tidak siuman mengenang persatuan sebegini. Tapi aku siuman lagi tau.. Entah siapa pembuka bicaranya entahlah. Yang pasti inilah persatuan yang dikatakan pantang tengok siapa ada bajet. Apa lagi jom!!!!!!.. sudah perkataan jom menjelma bererti akan ada suatu perancangan. Pelik perancangan tiada dari soal makan-makan-makan-makan-. KFC. PIZZA, McD. Atau Chicken Chop… Inilah dia. Pantang melihat senang duduk sudahlah keluar ayat-ayat mesra.. huhuhu… tapi ada kah ini persatuan?. Pelik tapi benar persatuan yang hanya dianggotai 4 orang. Inilah persatuan “Ulat Beluncas raja dan ratu gelak” huhuhuhu… walaupun berlainan jejak bumi. Tapi kesatuan ketawa mesra harmoni.. huhuhu.. tak sedar nama ahli-ahli ada Puteri Beluncas Puteri Saadong, Mak beluncas Mak Kaduk dan Dato’ Beluncas Dato Kabat.. serta aku kena gak Pak Beluncas Pak Pandir.. huhuhu..


Mungkin ada tahu aku ini siapa? Mungkin mereka tahu sikap aku bagaimana?. Aku memang begini, punya jiwa mudah tersentuh sebenarnya. Tapi aku cuba elak perasaan itu dikala gurau menjelma. Aku tahu tersentuh rasa kata-kata tidak akan ke mana. Akan mengubah kemesaraan. Aku juga mungkin ada yang tahu dan mungkin buat-buat tahu. Aku punya sifat lelaki tapi bercampur aduk lembut. Tetapi ingat-ingat tau. Jiwaku tetap lelaki walaupun perangai kebudak-budakan dan sopan sikitla. Kalau la mereka tahu perangai aku sebenar kat kampung terkejut gila mereka. Sebegini aku di sini di ibaratkan baik la. Kat nun di tempat aku. Entah macam tidak kenal hukum dunia. Bukan aku hendak memuntahkan keburukkan aku. Tapi sekadar picisan kenanganku. Aku yang dulunya seorang kaki B, M, P. Kamu sendiri la piki yea. Tapi itu aku yang dulu ketika aku sebelum jejak ke UKM ini. Tapi sekarang dah ok sikitla. Tapi aku bersyukurla. Walaupun seteruknya aku boleh juga aku datang sini. Bertemu juga aku dengan kengkawan Persuratan Melayu. Dapat juga menubuhkan persatuan Ulat Beluncas entah siapa presedentnya, penasihatnya, pengasasnya,,, hhmmm.. tak tahu la.

Mungkin ada gak yang ingin tahu aku ni siapa nama betul? Nama panggilan yang popular la tu.. hmmm… bila munculnya di dunia? Dan serumpun dengannya… di sinilah aku mahu khabarkannya. Tapi sekadar yang aku termampu luahkan.:

• Namaku tercipta, diberikan oleh emak, ayah, keluarga dan sanak saudara adalah Mohamad Normizan bin Damit.

• Aku keluar ke dunia dari rahim emak kesayanganku Ramlah binti Haji Bakar bertanda 7hb Disember 1986. Best juga lahir lewat begini. Kengkawan dah tua awal aku belum lagi..huhuhu.

• Asal asliku. Tempat aku dibesarkan dari hijau lagi hingga lah kini adalah di sebuah perkarangan desa bergelar Kampung Aru, 98800 Sundar, Sarawak.

• Mungkin hendak tahu gelaranku kan….nama aku di kalangan keluarga memanggil gelaran paling aku suka. “Tatan”. Inilah gelaran aku yang paling unik lagi berseni. Tapi aku tidak tahu asal mana datangnya. Menurut ceritanya mitos asal usul nama manuisa . Nama itu dipanggil oleh abangku yang hendak memanggil “zan” terkeluar “tan”. Lepastu tambah “Ta” kat depan mencantikkan lagi panggilan tu. Itu panggilan kalangan keluarga. Oppss ada lagi satu panggilan keluarga yang dipopularkan oleh kakak Long adalah “buntak”. Buntak ni maknanya pendek. Mungkin badan aku buntak/pendek mungkin itulah gelaran ku terima. Di kalangan kawan-kawan satu kampung. Ini pulak gelaran ku. “Mizz”. Walaupun bunyinya panggilan seorang wanita. Inilah gelaranku. Kisah panggilan ini ketika mengurat anak dara orang lah. Tak tahu nak guna nama apa terkeluar pulak “Namaku ci Mizz”. Hasrat nak sembunyikan nama sendirila.. Tak sangka plak kawan satu kepala aku hebohkan kepada yang kawan yang lain.. lepas tu menjadi panggilan abadiku sampai sekarang. Itu gelaran kat kampung jer. Tapi bila duduk sekolah menengah barulah namaku sebenarnya terserlah menjadi gelaran “Mizan”. Wah!! Indah juga nama ini. Nama asyik di cap hitamkan berikutan banyak berlakunya langgar peraturan. Bekal rokok inilah namanya. Raja tak guna kasut putih pegi kelaz lepas tu kena hukuman. Inilah jugak namanya. Balik awal, kelas tak habis lagi inilah namanya. Dan pelbagai lagi. Tidak siap kerjalah dan serumpun dengannya. Tapi kaki gaduh bukan nama ni tau.. nama ni tak minat gaduh. Kalau gaduh biarkan jer.. malas menyeksa diri. Hinggakan nama inilah aku di adukan kat kakak aku. Sudahlah kakak aku jadi cikgu kat SMK SUNDAR tu. Habis penuh telinga berisi ceramah bro. hinggakan aku di pindahkan kelaz dari belakang ke hadapan kat tempat orang-orang yang bijak-bijak belaka. Ini atas permintaan kakak aku yang amat prihatin. Terpecahlah aku daripada kawan-kawanku yang satu kepala. Hinggakan gerak geri aku menjadi perihatian. Siap saja ada mata cikgu lain melihat keburukanku akan sampai lah cerita itu ke telinga kakak aku. Dan lepas tu mendera telinga aku. Tapi aku bersyukurlah. Kalau tak kerana semua itu. Mungkin nama itu tidak akan sampai di menara gading UKM ini. Nama itu juga lah yang popular di UKM ini. Tapi sejak lakonan Drama Minah dan Mamat. Akukan hero pendek. Huhuhu… lekat pulak nama aku sebagai Mamat. Bukan itu sahaja. Sejak-sejak menjadi ahli persatuan ulat beluncas ni terkenal pulak aku ni sebagai Pak Pandir, ulat beluncas Sarawak.. huhuhu.. betapa mesranya gelaranku bukan.. Tapi aku tak kisah, apa-apa gelaranku. Yang penting aku bahagia. Huhuhu..


• Nak tahu makanan kegemaran gak ker?.. makanan kegemaran tu mestilah yang halal terutamanya nasi. Biasakan kita ni kan orang Malayu mestilah nasi sebagai makanan utama. Nak campur nasi tu biasanya paling aku gemar adalah apa-apa lauk masak merah. Tidak kiralah ayam, udang, ikan, daging dan hotdog. Yang halal tau.. hmm.. berbalik pada hotdog ni. Pernah jadi isu gelak kat dalam kelaz. Ni ketika hendak buat hari keluarga kat Port Dickson. Semena-mena aku sebut hotdog semua gelak. Pelik kah aku sebut hotdog tu. Dah itu sebutan aku, nak buat camna. Memang tidak biasa hendak sebut sosej. Huhuhu.. lagi satu hal.. ada kah aku ini orang Sarawak, orang cakap aku makan ulat. Tidak semua orang Sarawak makan ulat la bro. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. huhuhuhu…. Minuman plak, aku minat yang panas ibarat milo panas, horlick panas, teh panas dan lain-lain. Sejuk jugak minat tau. Hmmm.. apa lagi yea? Oh yea.. makanan tak gemar yea.. yang ada perisa strawberry dan kek yang bercampur kismis. Memang tak gemar makan kismis dan perisa strawberry.. hmmm.. tak tau la kenapa.. rasa dia lain kot tak sesuai dengan deria rasa aku.

• Hendak cerita tentang cita-cita pulak. Sebenarnya aku ni dari kecil masih hingusan memang minat hendak jadi cikgu atau guru la kan.. huhu sama jerk pengertiannya. Memang kuat hendak jadi cikgu sebab abang dan kakak pun jadi cikgu. Mungkin kerjaya abang dan kakak menjadikan aku terkesima hendak jadi cikgu. 3 orang abang aku, abang Long, abang ngah dan abang acek jadi cikgu. Tambahan pulak abang long aku tu sekarang dah jadi pegawai pendidikan kat daerah aku. Memang berkobar-kobarlah hendak jadi cikgu. Jangan lupak plak abang bungsu aku tu.. pernah jadi cikgu gak selama 4 tahun … cikgu sandaran. Sekarang tengah mengejar kerjaya beliau sebagai menjaga kebajikan masyarakat. Kakak aku pulak ada empat orang. 3 orang jugak sebagai cikgu. Kakak aku yang pertama sekarang sedang membesarkan enam orang anaknya dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kakak aku yang kedua, ketiga dan keempat inilah yang jadi cikgunya. Aku ini adalah anak yang kesembilan tau.. ada adik lagi dua orang seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Aku cukup bahagia punya keluarga yang ramai dan bahagia. Moga-moga impian citaku menjadi kenyataan.. Aminnnn……


Nampaknya macam panjang lebar aku sudah beritahu tentang aku dalam persembahan ini. Di sini juga la aku mohon maaf kepada semua sahabat-sahabatku Persuratan Melayu. Kalau aku ada salah yang sengaja atau tidak sengaja aku lakukan, yang menguris, mencalar, mengoyakkan sentuhan hati mu.. aku mohon seribu, segunung, selaut, seangkasa dan sebintang-bintang kemaafan. Mungkin lepas ini sudah susah kita akan bertemu. Apatah lagi aku ini seorang jer anak tunggal dalam kelaz tu yang berasal dari Sarawak. Memang jauhkan. Kalau ada masa tu mari lah ke tempat aku.. huhuhu.. jangan takut dengan buaya. Bak kata pantun en Zubir khas buat ku.. :

Dari Sarawak asal kembara
Tak Pulak ganas macam buaya
Mohamad Normizan Damit nama diputera
Semoga usahamu sentiasa Berjaya

Nyatakan aku ni tak ganas macam buaya. Bukan buaya darat tau aku ni.. begitu jugaklah buaya-buaya kat Sarawak macam aku jugak tak bahayanya.huhuhuhu.. aku memang sungguh bahagialah dapat bersama kamu semua. Boleh gelak ketawa, kerjasama, berduka pun bersama. Walaupun kekadang aku ni terkasar juga. Mohon maaf yea kawan-kawanku. Betapa manisnya kenangan ini. Hingga ketemu nanti tegur-tegurla yea. Kot-kot aku makin tinggi.. huhuhu.. susah kamu nak kenalkan. Tapi jangan risaulah aku ni mana mahu lagi tinggi-tinggi lagi. Dah ini sahaja taraf ketinggian aku. Bak kata orang “comel apa orang pendek”.. huhuhuhu…walaupun saingan kependekan aku dalam kelaz tu ialah Pak Kob. Aku tetap juara pendeknya. Untuk jejakalah.. kalau dengan perempuannya. Tetap ada lagi yang lebih pendek dari aku. Huhuhu…



Oklah para sahabatku. Setakat ini dulu lah luahan idea ku. Moga kenangan kita akan sentiasa mekar di ingatan. Dan aku mohon maaf andai nukilanku yang tidak seberapa ini aku persembahkan buat kamu. Sebenarnya ini sahaja lah yang aku termampu curahan buat kamu semua. Berkesesusaian dengan minat aku menggarap bait-bait puitis di dada kertas. Aku yang memang berminat menulis puisi ini mencuba nasib dengan mempersembahkan kemampuan dan bakat kreatif yang ada. Andai ada kekurangan tolong-tolongla baiki yea. Segunung lautan kenangan akan sentiasa menjadi semadu manisnya rasa. Kala ada kekeruhan di sepanjang perjalanan hidup persahabatan kita di Persuratan Melayu menjejak angka 3 tahun. Gantikanlah dengan kejernihan embun pagi yang segar yang masih boleh bernyawa ke penghujung degupan nyawa.




Sekian Terima Kasih.
11/04/2009

0 comments: