Monday, April 27, 2009

Tentang 'Mimpi' dan 'Sesuap nasi"

Bukan mudah berkongsi pengalaman apatah lagi jika ia datang dari jerih keringat yang orang lain tidak pernah terfikir untuk melalui lorong-lorong keperitan itu. Saya cuba merenung kembali kata-kata Shahnon yang lebih kurang berbunyi begini: 'Seorang manusia yang biasa hidup dalam keadaan sederhana tidak akan meminta lebih dari kesederhanaan itu'. Ya, manusia inilah yang kadang kala lebih banyak berusaha, lebih banyak bersyukur dan lebih banyak mengerti. Kaya sekali orang seperti ini!

Saya baru usai membaca Sang pemimpi dan kini mengembara bersama Edensor. Falsafah hidup yang mudah tapi menyentak saya dari tidur yang selama ini rupanya sudah pergi jauh tanpa ada kesan mimpi untuk dijejaki. Buang masa bukan apabila tidur-tidur kita sentiasa membuai kita agar terus tidur dan tidur sehingga lupa untuk sedar. Saya sendiri adalah si penidur yang tak sedar-sedar ini. Ternyata Tuhan mahu saya menjejaki semula mimpi-mimpi yang hilang jauh itu. Syukur. Sang Pemimpi menemukan diri saya kembali dengan menggegar semula semangat saya untuk mengutip semula mimpi-mimpi yang berserakkan dalam kemurungan dan kelelahan mencari sesuatu yang sukar. Kadang kala kita lebih suka menyukarkan diri kita sendiri. Kenapa ya?

Bukan mudah untuk bermimpi kawan-kawan.. Dan ia adalah kesukaran yang paling sukar!

Saya mencari persoalan ini sejak dari bangku sekolah dan menemui kesimpulannya dalam dua novel. Hebat kan?

Kita sudah biasa mengharapkan seseorang muncul dalam mimpi sebaik sahaja mata kita terpejam. Tapi ternyata orang lain yang muncul. Bukan luar biasa. Memang semua orang boleh bermimpi tetapi cuma sedikit sahaja yang berjaya menemukan mimpi yang sebenar. Mimpi yang benar-benar mimpi. Anda mungkin berkata semua ini adalah mainan kata-kata. Retorik pelajar sastera! Atau klise yang sudah klise!

Temukan persoalan mimpi ini dan pecahkan. 'Aku' dalam sesuap nasi adalah seorang lagi pemimpi mulia yang saya temui dan jika anda mahu menemui manusia-manusia yang jauh lebih daif tetapi berjiwa besar hanya untuk sebuah mimpi, ini dia.. Sang Pemimpi.

Kini saya berada di Perancis, memeluk Effiel dan menakluk seluruh Eropah bersama si miskin Arai dan Ikal yang optimsitik, gagah dan berani bermimpi. Kerana terlalu ghairah mengembara bersama mereka hanya kerana mimpi-mimpi itu, saya mengulangi Edensor untuk kali kedua.




"Bermimpilah kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu"...

0 comments: