Sabtu yang sunyi-Umpama burung pulang ke sangkar, begitulah ghairahnya warga kampus yang berpakat balik ke kampung. Meriah sungguh. Kawan-kawan senegeri juga sudah ramai yang 'terbang' pulang. Tinggallah juga saya di sini bersama Ady (si kecil yang sering menemani saya di bilik). Melihat wajah Ady yang tiada perasaan saya juga turut berperasaan yang sama. Duduk mengadap komputer riba dan sesekali menghabiskan novel yang entah sudah berapa kali dibaca. Rasanya itulah yang terbaik daripada melayan sangat perasaan ingin pulang bersama mereka.
Kata Ady serius: 'kerja, kerja, kerja dan jangan berhenti mengerjakan' tesis. Syukurlah ada teman yang memberi banyak sokongan. Tambahnya lagi 'nothing is hard if we want to. And God will be there to say 'YES' to our spirits'. Alahai, cakap omputeh siot!.. Saya mengangguk setuju. Seolah-olah digertak saya seperti lipas kudung menyiapkan kerja. Kawan-kawan, moral of the story- siapkan tesis jangan sampai jadi euforia seperti saya. Seperkara yang kita perlu tahu, tanggungjawab kadangkala membuat kita lebih banyak berkorban dan tidak semua orang dapat melakukan pengorbanan itu. Pulanglah seperti si camar yang anggun bersama senyuman kerana kepuasan menghadapi semua ini. Ayuh!
1 comments:
Finish the fight.. hmm.. "Stick to the fight when i am hardest hit"..
Post a Comment