Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu..


Hari ini saya terbaca dalam akhbar tentang kisah seorang ibu paling tua di Britain. Sangat menakjubkan untuk seorang wanita yang usianya hampir mencecah 60 tahun tapi masih mampu menimang cahaya mata. Implikasi paling besar baginya ialah mempertaruhkan nyawanya sendiri dalam situasi sedemikian. Sungguh jasa ibu sangat tak terbalas. Saya sangat terharu, ibu mana pun baik manusia atau haiwan semuanya punya naluri yang sama. Kasih sayang seorang ibu takkan mampu terbalas. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menyambut hari ibu kerana setiap hari adalah hari ibu untuk ibu saya yang tersayang.. Tiada hari ibu dalam Islam, oleh itu tidak adil rasanya menunggu setiap tahun hanya untuk meraikan kasih sayang dan jasa ibu. Kasih ibu sepanjang masa, sepanjang tahun dan sepanjang jalan hidup kita di dunia dan akhirat. Terima Kasih untuk ibuku dan ibu-ibu di seluruh dunia!

2 comments:

Lemang_X said...

Sha nape muka ko x mcm arab???
ibu ko nmpk arab...
ko nmpk mcm jawa jek...hehehehe
jgn marah ha...gurau2 jekkk..hehehe

Sha said...

thx..jawa2 pn cute ape...ahaks