Wednesday, May 27, 2009

Telah Ku Lepaskan...


"Jangan dikatakan kau tidak dilepaskan. Kau sudah kulepaskan. Atas diri kaulah sekarang menentukan untung nasib sendiri."....
-Trilogi Lepaskan Kembali Aku ke Laut.


Syukur alhamdulillah... Saya merasakan diri saya sendiri seperti dalam ungkapan itu-saya sudah dilepaskan! Tapi sehingga kini, sebahagian daripada kata-kata dalam novel kajian saya itu masih begitu mengesankan.. Kini tinggal saya sendiri membawa ke mana diri saya pergi. Saya bersiap-siap menghadapi dunia selepas ini kerana tentu ia lebih mencabar dan saya tidak sabar untuk ke sana!

Sebelum itu saya ingin pulang melihat hamparan laut di kampung halaman. Bayu, ada wajah ayah dan ibu menyambut salam di pintu...


1 comments:

DiaNaNuNciAda... said...

sha...senang sekali membacanya..tahniah sha...selamat mhadapi dunia baru pula,,,,,