Thursday, April 16, 2009

Ulat Bulu...


Mek Tue menempelak Pak Ha dan Pak Ad semasa kuliah Pengurusan Seni dan Budaya berlangsung. Mereka memang tidak sensitif langsung dengan suasana pembelajaran. Tidak menghormati lecturer dengan mencuri-mencuri sembang di belakang. Mula-mula sembang ok sikit. Bukan main seronok lagi sampai tidak menghiraukan rakan-rakan lain. Tapi entah macam mana Mek Tue tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal. Sumpah serapah habis disemburnya, mujur tidak tersembur air liur. Pak Ha dan Pak Ad terkejut kangkung. Mereka hilang bicara dengan mulut ternganga. Perbualan yang seronok berakhir dengan perbalahan yang tidak berkesudahan. Mek Tue tidak habis-habis dengan bebelannya, manakala Pak Ha dan Pak Ad masih menggaru tangan, kaki dan seluruh badan akibat terkena minyak jenama Ulat Bulu yang penangannya merebak ke seluruh kelas. Ada yang suka, ada juga tidak. Dan ada pula yang mengambil tindakan berkecuali. Tidak tahu apa. Penangan minyak Ulat Bulu masih terasa hingga kini. Entah esok akan ketemu lagi entah tidak...

0 comments: