Wednesday, April 15, 2009

dulu lama sekarang sebentar...

hari ini....tinggal hari-hari terakhir untuk menamatkan perjuangan selama 3 tahun begelar pelajar. serasa baru sahaja kaki ini melangkah ke alam yang dulu rasanya begitu asing...dengan persekitaran yang berbeza, muka yang berbeza, dan segala-galanya berbeza...masih ku ingat sewaktu minggu pertama menjejakkan kaki ke menara gading ini, hati ku berdetik...alangkah bahagianya jika dapat kembali ke zaman persekolahan. bagiku segala-gala yang indah itu ada di zaman persekolahan. dipertemukan degan sahabat yang pelbagai ragam, guru yang tak jemu mendidik, serta makcik kantin yang selalu menjamu mknan percuma kepada ku...;-)...tetapi setelah hampir 3 tahu aku di menara gading ini, serasa semakin sayang utk meniggalkannya...sukar digambarkan dengan kata-kata betapa aku bersyukur dikurniakan sahabat yang terbaik di sini(persuratan Melayu), pensyarah yang bukan sahaja mendidik malah menyayangi. gelak tawa suka dan duka segalanya di lalui bersama. jika dulu (di zaman persekolahan) aku hanya gadis remaja yang tidak mengerti segalanya...namun kini aku sudah menjadi dewasa....dewasa dengan segala-galanya... Baru ku mengerti apa itu persahabatan sebenar, apa itu perjuangan sebenar, dan apa itu kejayaan sebenar;-). kerana semua ini, terlalu sukar untuk ku hadapi perpisahan yang semakin hampir. kerana ku mengerti kalian adalah sahabat yang sebenar dan terlalu sukar utk ku cari ganti...ketahuilah kalian sentiasa dihati ku selama-lamanya. semoga persahabatan kita takkan terputus dek jarak dan waktu...(persuratan melayu selamanya)...

0 comments: