Wednesday, May 6, 2009

Hadapi segalanya dengan senyuman...

4hb Mei 2009 adalah detik terakhir kita bersama mengharungi cabaran minda dalam memgeluarkan segala idea untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar...

Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan.. itu menjadi lumrah dalam kehidupan, kalau Abg. Hamdan mengatakan pertemuaan itu adalah lebih pahit berbanding dengan perpisahan mungkin silap rasanya...Bagi saya perpisahan itu lebih pahit...cuba bayangkan orang yang kita sayang tiba-tiba tidak ada di depan mata...saya terasa sedih apabila saudari Maizan dalam study group menyatakan bertapa sedihnya beliau kerana pada awal kedatangannya ke UKM ini di hantar oleh keluarganya yang tersayang...Namun apabila menerima skrol nanti ayah yang tercinta tidak ada bersama-sama meraikan kejayaannya kerana telah pergi untuk selamanya-lamanya begitu juga aswad,ila, dan Fiza....



Selain itu kita juga mempunyai seorang rakan yang begitu tabah dalam mengharungi kehidupan ini.. saya amat berbangga dengannya kerana ketabahannya mengharungi saat gentir apabila jari kakinya terpaksa di potong dan dia sanggup menurunkan tandatangan....itu lah kehidupan yang terpaksa kita lalui sepanjang kehidupan ini...



Pada saya, perpisahan itu sudah menjadi lumrah kehidupan..saya redha dengan segala-galanya..mungkin pertemuan kita hanya di sini dan mungkin untuk selama-lamanya..yang penting jalinan ukhwah itu harus diteruskan agar ianya dapat kekal untuk selama-lamanya... tidak guna kemajuan sains dan teknologi kalau hubungan yang ada terputus begitu sahaja...

Apa-apa hal pun kita semua kena hadapi ia dengan senyuman..kerana disebalik senyuman itu pasti ada kepahitan yang terpalit dalam kehidupan... kerana kehidupan tak selalunya indah..jadi dengan senyuman ia dapat mengindahkan kehidupan..

sekian ....

0 comments: