Tuesday, May 5, 2009

Akhirnya...

Saya selalu berfikir disini akhirnya. Memang, setiap pertemuan akan ada perpisahan.. Abang Hamdan pernah berkata pada saya bahawa pertemuan lebih pahit daripada perpisahan.. Saya menelan air liur.. Tidak percaya. Kerana bingung memikirkan maksudnya maka saya lupakan. Tetapi akhirnya hari ini saya mengerti kata-kata beliau. Ya, tanpa pertemuan tidak akan wujud perpisahan. Kita boleh memilih untuk tidak menghadapinya daripada melalui perpisahan yang membuatkan kita rasa kurang selesa sampailah akhirnya perasaan itu betul-betul hilang. Bila agaknya?


Pun begitu, saya tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan segolongan insan seperti anda. Kawan-kawan, anda membuat saya percaya pada manisnya pertemuan yang saya temui di sini. Terima Kasih dan tahniah kerana melepasi peperiksaan dengan jayanya. Jangan lupa berdoa dan bertawakkal. Serahkan sepenuhnya kepada yang Empunya Kejayaan. Selepas ini ke mana anda?, apa yang anda lakukan? (selain daripada kesibukan menyiapkan tesis yang mengejar tarikh)? Jangan bosan dan letih untuk hebahkan ya!


Semoga berjaya!

2 comments:

Safwan_Mokhtar said...

saya setuju apa yg diperkatakan oleh abg. Hamdan..sebenarnya pertemuan lagi pahit drpd perpisahan..pertama kali bertemu adakah mudah untuk bersama? mungkin ada org yg mudah bersama tp seramai mana yg mudah bersama? berapa lama masa yg diperuntukkan utk menguatkan jalinan persaudaraan? mungkin ada org yg mngambil masa yg singkat shj tp seramai mana org yg blh melakukan perkara yg sebegitu..ia mengambil masa utk seseorg itu serasi dgn org lain krn..setiap manusia itu fiilnya berbeza..(kebarangkalian)ada timbul rasa prejudis antara satu sama lain.. apabila sudah serasi dan kenal akan hati budi masing-masing barulah ikatan persaudaraan itu dibina sedikit demi sedikit hingga menjadi kukuh..apabila kukuh ikatan persaudaraan itu, tidak hairan jika terjadinya perpisahan krn rakan kita akan mengingati dan mengenali kita walau dia berada jauh dihujung dunia sekalipun..
komen bi sekadar pandangan shj..mngkin ada orang yg berpandangan sebaliknya..
kesimpulannya, permulaan utk membentuk persahabatan merupakan kunci utama..tanpa akhlak atau akal budi yg betul..amat mustahil ikatan itu akan terbentuk..(sekadar pandangan, kalau ada pandangan yang lain bolehlah dikongsi bersama

Sha said...

hm, betul jg.dan tidak semua pertemuan menjanjikan harapan,)