Sunday, May 3, 2009

Maafkan Aku...dan Terima Kasih...


Assalamualaikum kepada semua rakan2 kuliah Persuratan Melayu....

Saat-saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi UKM merupakan saat yang tidak dapat aku lupakan...Pelajar yang pernah gagal dalam mencapai kejayaan dalam SPM kini bakal bergelar Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian( PerSuratan Melayu)...
Aku merupakan seorang anak pekerja kampung sahaja..dan ibuku hanya seorang suri rumahtangga..Kehidupan aku taklah sekaya mana, aku hanya menetap di sebuah rumah sewa di Pekan Bukit Gambir...kehidupan yang aku lalui banyak dugaan dan cabaran....Kenapa aku di lahirkan sebegini rupa??? Semuanya telah tertulis dalam diari hidupku.. aku perlu berusaha untuk mencapai kebahagian yang sejati...

Di kesempatan ini, ingin aku meminta maaf andai selama 3 tahun perkenalan yang kita lalui ini, aku ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang disengajakan atau tidak..
aku juga ingin ucapkan terima kasih atas kesudian kamu semua menerima aku sebagai sahabat...Inilah kali terakhir aku aku akan jumpa kalian mungkin esok tidak lagi kerana masing-masing akan bawa diri...

Prinsip hidup aku "GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA"

sEKIAN,

Wassalam..........

1 comments:

Sha said...

Terima kasih juga untuk semua pengorbanan shah sama ada (sedar atau tidak) pada diri, keluarga dan rakan-rakan...